Tuesday, January 5, 2010

JENIS BAHAN MENTAH : PLASTIK

Plastik

PLASTIK

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar



Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.



Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan(lihat keplastikan (fizik) dan mulur).
Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon, uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum.

Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.

Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi (seperti: karat, "shellac") hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia (seperti: karat semula jadi, "nitrocellulose") dan akhirnya ke molekul buatan-manusia (seperti: epoksi, polivinil klorida - PVC, polietilena).
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Plastik"


BAHAN PLASTIK

Material Plastik

Material plastik dapat dibagi menjadi 2, yaitu

* Thermoplastik
* Thermoset

Material plastik yang paling penting:

- Polypropylene(PP) - karpet
- Polyvinyl chloride(PVC) - paip
- High Density Polyethilene(HDPE) - botol
- Linear Low Density Polyethilene(LLDPE) - filem
- Low Density Polyethylene(LDPE) - filem
- Polyester, thermoplastic(PETE) - botol minuman ringan
- Polystyrene(PS) - kaset
- Phenolic - lem plywood

Bahan-bahan untuk membuat plastik:

1. Additive
- Antioksidan: mencegah oksidasi yang memutus rantai polimer
- Agen antistatik: menarik kelembaban permukaan supaya konduktif
- Pewarna: memberi warna atau efek seperti iluminasi
- Coupling agents: memudahkan untuk menempel ke bahan lain
- Curing agents: mempermudah penggabungan monomer kepolimer
- Flame retardants: mempersulit plastik terbakar
- Foaming/blowing agents: memberi gelembung udara atau foam
- Penstabil panas: mengurangi pemecahan polimer karena panas
- Penstabilan benturan: menguatkan plastik dari benturan
- Pelumas: mengurangi gesekan plastik keperalatan dan tidak lengket
- Nucleating agents: membantu pengkristalan polimer
- Plasticizer: menambah fleksibilitas, menurunkan titik leleh, dan encer
- Pengawetan: menjaga dari mikroorganisme- Pembantu proses: menaikkan produksi,
memperbaiki permukaan (anti lengket)
- Penstabil UV: mengurangi kerusakan akibat sinar Ultra Violet2.

2. Reinforcement

Bahan yang ditambahkan ke resin dan polimer untuk menambah kekuatan, daya tahan terhadap lenturan, dan kekerasan plastik.Reinforcement dibagi menjadi 2:
- Lamina: memberi lapisan seperti fiber glas, kain, atau lembaran material sehingga menjadi seperti roti sanwidch.
- Fibrous: mencampur dengan beberapa bahan seperti serat kaca, carbonaceous, serat polymer, serat inorganic, serat logam, dan serat hybrids.

3. Filler

Digunakan untuk mengisi sela-sela polimer dan mengurangi harga, tetapi kadang-kadang harga filler lebih mahal dari polimer.

Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia. Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis.

Termoplastik [Thermo Plastic]
SIFAT
- Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan.
- Tidak tahan haba
CONTOH (KEGUNAAN)
Politena untuk membuat beg plastik.
Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau).
Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.

Plastik Termoset [Thermoset Plastic]
SIFAT
- Boleh diacu hanya sekali sahaja.
- Tahan haba.
CONTOH (KEGUNAAN)
Bakelit untuk membuat soket elektrik.
Melamina untuk membuat pinggan mangkuk.
Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

4. MASALAH PENCEMARAN

Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik. Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

* Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta pembiakan nyamuk.
* Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus.
* Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

Kitar Semula.
Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula.
Had
Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.
Pelupusan
Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna. Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.
(sumbangan http://www.oasis4.netfirms.com/b57.html)

3 comments:

  1. saya hanya ingin tau bagai mana cara untuk memusnahkan plastik? yang katanya tidak dapat terurai oleh tanah!dan jika dibakar juga tidak musnah melainkan hanya memperkecil ukurannya saja!
    dan zat apa yang membuat plastik tidak dapat terurai oleh tanah dalam jangka waktu yang singkat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tertarik untuk menjawab persoalan pertama anda . seperti yang kita ketahui,plastik sememangnya tidak dapatdimusnahkan lebih2 lagi dengankaedah pembakaran. tetapi kita ada kaedah lain yang lebih mudah dan ringkas seperrti cara pengguna menggunaplastik deengan bijak ialah 1. guna kaedah kitar semula . kaedah ini dapat meningkatkan disiplin dalam diri untuk lebih bertanggungjawabterhadap alam sekitar.2. sekiranya anda tidak lagimemerlukan plastik itu, ada perlu mengasingkan plastik,tin,kertas kedalam tongsampah yng sepatutnya. kerjasama anda dalam menjaga bumi membolehkan anda hidup sihat dan mendapat pahala.
      plastik tidak dapat dimusnahkan denganmenanam kedalam tanah kerana ia tidak terbiodegrasi . terima kasih atas pertanyaan anda :)

      Delete