Thursday, January 7, 2010

JENIS BAHAN MENTAH : KERTAS

Kertas

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sekeping kertas

Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan.

Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

Penghasilan

Kilang kertas International Paper Company, terletak di Georgetown, Carolina Selatan

Sama ada dihasilkan dengan tangan atau dengan mesin, proses menghasilkan kertas membabitkan tiga langkah mudah:

Penyediaan gentian

Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran barangan akhir.

Dibentuk menjadi kepingan

Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan menjadi golongan kertas panjang.

Dalam proses menggunakan acuan, sejumlah pulpa diletakkan dalam bentuk, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan bagi menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas kemudian boleh dikeluarkan daripada acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut.

Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).

Pengeringan

Kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang ia putus dan menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala kertas masih putus di mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.

Kegunaan

Pemotong kertas
Dalam kes sedemikian, sukar membuat salinan yang tidak dapat dibezakan dari yang tulin, ini bagi mengelakkan salah guna.
Dokumen rasmi dan penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat berlainan oleh "mesin bursting".
Kertas bercetak boleh dijilidkan dll. untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar, dll.; dysphemism untuk edisi sedemikian adalah "edisi pokok mati", berbanding pilihan lain seperti fail dalam cakera keras (dicapai dari dekat atau jauh melalui internet), CD-ROM, cakera, etc.
Fail komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak, menggunakan pencetak. Yang sebaliknya boleh dilakukan dengan menggunakan pengimbas, dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR.

Sejarah

Kertas dalam perkataan Inggeris - paper diambil daripada bahan penulisan Mesir silam yang dikenali sebagai papirus, yang dijalin daripada pokok papirus. Papirus dihasilkan seawal 3000 SM di Mesir, dan kemudiannya di Greece dan Rome silam. Lebih ke utara, parchment atau velum, yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau kulit anak kambing, menggantikan papirus yang memerlukan keadaan cuaca sub-tropika untuk tumbuh. Di China, dokumen biasa ditulis di atas kepingan buluh, menjadikan ia sebagai sangat berat untuk dipindahkan. Kadang-kala sutera digunakan, tetapi biasanya terlampau mahal untuk digunakan secara meluas. Kebanyakan bahan di atas jarang didapati dan mahal harganya.

Pegawai istana China, Cai Lun menggambarkan kaedah penghasilan kertas moden pada 105 M; dia merupakan orang pertama menyebut kaedah menghasilkan kertas dari cebisan kapas.

Sumber lain meletakkan penciptaan kertas di China pada 150 SM. Ia merebak dengan perlahan di luar China; kebudayaan Asia Timur lain, walaupun setelah mengunakan kertas, tidak dapat memikirkan dengan sendiri bagaimana menghasilkannya; arahan mengenai proses penghasilan diperlukan, dan orang-orang China enggan berkongsi rahsia. Teknologi ini pertama sekali dipindahkan ke Korea pada 600 dan kemudian disebarkan ke Jepun oleh paderi Buddha Korea, Dam Jing, pada tahun 625, di mana gentian (dipanggil bast) daripada pokok mulberi digunakan. Selepas perdagangan dan kekalahan China dalam Pertempuran Talas, ciptaan kertas tersebar ke Timur Tengah, di mana ia digunakan di India dan kemudiannya oleh orang-orang Itali sekitar abad ke-13. Mereka menggunakan gentian hem dan cebisan linen.

Sesetengah sejarahwan meramalkan bahawa kertas merupakan unsur utama dalam kemajuan kebudayaan sejagat. Menurut teori ini, kebudayaan China kurang maju berbanding Barat pada masa silam kerana buluh (walaupun disebabkan buluh banyak tersedia merupakan sebab utama buluh digunakan dan bukannya kerana kemajuan sains) adalah bahan penulisan yang sukar digunakan berbanding papirus; kebudayaan China maju semasa Dinasti Han dan abad berikutnya disebabkan ciptaan kertas; dan kemajuan Europah semasa Renaissance disebabkan pengenalan kertas dan mesin cetak.

Kertas kekal sebagai bahan mewah sepanjang abad, sehingga kedatangan mesin pembuat kertas berkuasa wap pada abad ke-19, yang mampu menghasilkan kertas dengan gentian daripada habuk kayu. Walaupun mesin lebih awal telahpun dicipta, mesin pembuat kertas Fourdrinier menjadi asas kepada kebanyakan pembuat kertas moden. Bersama dengan penciptaan pen berdakwat yang praktikal dan pensil yang dihasilkan secara pukal pada masa yang sama, dan bersama dengan mesin cetak berputar berkuasa wap, kertas berasaskan kayu mendorong perubahan utama ekonomi dan masyarakat abad ke-19 di negara industri. Sebelum era ini buku atau akhbar merupakan objek mewah yang jarang dan buta huruf merupakan kebiasaan bagi kebanyakan orang. Dengan pengenalan beransur kertas murah, buku sekolah, cereka dan bukan-cereka, dan akhbar perlahan-lahan mudah didapati oleh kesemua ahli masyarakat pengilangan. Kertas murah berasaskan kayu juga bererti menyimpan diari persendirian atau menulis surat bukan lagi hanya untuk segolongan tertentu dalam masyarakat yang sama. Pekerja pejabat atau pekerja kolar putih perlahan-lahan lahir dari perubahan ini, yang dianggap sebagai sebahagian revolusi pengilangan.

Malangnya, kertas berasaskan kayu lebih berasid dan cenderung untuk berkecai apabila lama disimpan. Dokumen bertulis di atas kertas cebisan (rag) mahal lebih stabil. Kebanyakan penerbit buku moden sekarang ini menggunakan kertas bebas asid.

No comments:

Post a Comment